



Posted by Annis Suzana at 10:15 PM 10 comments
Posted by Annis Suzana at 8:49 PM 4 comments
Posted by Annis Suzana at 3:02 PM 7 comments
Posted by Annis Suzana at 1:35 AM 0 comments
Posted by Annis Suzana at 1:33 PM 0 comments
Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia. Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT : "Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35) "Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48) "Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50) "Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52) "Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54) "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56) "Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66) "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70) "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8) "Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23) "Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62) "Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21) "Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57) "(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33) "....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76) Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.
Posted by Annis Suzana at 1:14 AM 0 comments
Posted by Annis Suzana at 5:24 PM 2 comments
Assalamualaikum sume..
Posted by Annis Suzana at 11:10 PM 2 comments
Posted by Annis Suzana at 9:43 PM 2 comments
Posted by Annis Suzana at 10:21 PM 2 comments
Doktor : Ya boleh sy bantu
Ali : Tgn sy terseliuh sbb p angkat peti ais rumah sy yg besar lg berat
Doktor : (dalam hati) x dak keja ka p baling peti ais!
Kemudian dtg pulak seorang nih nama dia Abu mukanya hampir pecah tp x pecah lg.
Doktor : Masyaallah apa dah dah jadi kat awak?
Abu : Semalam sy pergi interview, sebyk 500 org sy seorg saja dpt keje nih.Dgn perasaan gembira sy kata kat bos sy "sy akn dtg awal giler ptg besok! Tp ptg td sy lupa asyik do tgk tv ja.kemudian sy tgk jam dah pukul 6.30 keja sy 6.50. Kemudian sy lari p kat perhentian bas pakai seluar pendek, letak seluar panjang kat atas bahu, sambil dok pakai button baju.Lepas 2 ada MANGKUK AYON MANA NK TAU P BALING PETI AIS KAT KEPALA SY DARI TINGKAT 10!!!!!!
Ali : ...................
Kemudian dtg lg sorang laki. Laki nih lg teruk! Dia siap kena ada org tlg tolak dia kat atas katil sambil di balut dgn kain penih satu bdn except mulut dia saja..
Doktor : Astagfirullahhalazim... apadah jd!
Laki trsbt : Aku nih accually org jahat! Aku suka p rumah yg besarX2 untuk p merogol. Selepas sy nampak laki dia keluar,sy terus masuk dan terus rogol pompuan mn yg ada, setelah beberapa jam dok rogol aku dgq ada org masuk. Aku pon Gabra dan terus menyorok dalam peti ais rumah dia yg besar lg berat 2. Lepas 2 ADA MAGKUK AYON MANA NK TAU P BALING PETI AIS 2 DARI TINGKAT 10!!!!!!!!!!!!!
Posted by Annis Suzana at 8:39 PM 0 comments
Posted by Annis Suzana at 10:36 PM 6 comments
“KEIKHLASAN”. Ungkapan Yang Biasa Kita Dengar Terutama Dalam Sesuatu Kisah Cinta. Di sini ada sebuah kisah cinta untuk anda…cinta yang ikhlas…sangat ikhlas…. Ada seorang jejaka terjumpa buku di taman. Di dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya, dan juga tertera ‘Aisyah yang sedang mencari sahabat hati’. Tergerak hati jejaka itu mengutus surat dan mengembalikan buku itu kepada si gadis misteri itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia bersetuju berkawan dengan si jejaka, dan berterima kasih kerana menghantar buku yang hilang itu. Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bertemu. Si jejaka amat ingin bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis tersebut. Selang beberapa tahun, pada hari kepulangan si jejaka yang diangkat sebagai perwira negara, si gadis yang setia itu menunggu kepulangan buah hatinya, sambil memegang sekuntum bunga mawar merah. Diperhatikan setiap jejaka yang membawa sekuntum mawar merah,seperti dalam perjanjian mereka dahulu. Begitu juga si jejaka berdebar-debar bertemu orang yang disayangi. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tanganya memegang sekuntum mawar merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza imaginasinya. Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata:”Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu dengan orang tuamu.” Berapa ramaikah lelaki yang sesuci hati jejaka ini? Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Aisyah. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?? Wallahulam… credit to.. panduanislam..
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil berkhidmat misi ketenteraan di luar negara. Si jejaka susah hati kerana bimbang dia mungkin tidak dapat berjumpa gadis kesayangannya.
Maka diutus sepucuk surat berbunyi: “Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayangkan padaku, kita akan berjumpa suatu hari nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum bunga mawar berwarna merah. Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku.”
Tetiba si jejaka ternampak si gadis yang gemuk, hitam, berjerawat, duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling persis mencari seseorang.
Namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut dan menyapa, Aisyah? Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata: “Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu.”
Posted by Annis Suzana at 2:08 AM 4 comments
Posted by Annis Suzana at 1:49 AM 6 comments
Posted by Annis Suzana at 12:22 AM 7 comments
Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda. Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah. Amalkan solat tahajud. Sentiasa tenang dan bersikap positif. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah. Maafkan semua orang sebelum tidur. p/s: renung2kan dan selamat beramal.. :D credit to iluvislam..
Posted by Annis Suzana at 4:37 PM 2 comments