Jana duit dari rumah??

mari dapatkan pendapatan sampingan dari rumah, daftar sebagai ahli jobdirumah. Pelbagai kerja ditawarkan dan semua boleh buat dirumah. saya sudah mendaftar anda bila lagi? untuk mendaftar sila klik sini

Tuesday, April 26, 2011

Kalau Tuhan Itu Baik, Kenapa Dia…

Assalamualaikum sume.. :)

sorry ye dh lame x bw.. sok de last paper.. so lpas tu akan ku terjah blog2 kalian n follow..
tp rini nk share satu artikel yg menarik bg ak.. ak amik dr panduan islam..
meh bace artikelnye..

Di sini ada sebuah kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Sekiranya didapati melakukan kesalahan, mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika suatu operasi yang dijalankan, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.Maka dia pun dikenakan denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ini pun memberi nasihat, “Lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ini termasuk dalam perintah Allah. Ringkasnya, jika taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Jika derhaka akan perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan itu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga kerana tak tahan mendengar nasihat ustaz tadi. Ditambah pula dengan hati panas kena denda kerana tidak memakai tudung.

Ustaz itu terkedu sebentar. Bahaya budak ini. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis itu berkata-kata, ustaz itu pun menjawab: “Adik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Tak mengapa, sebab neraka tidak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan itu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz berkata begitu. Sedang dia terpinga-pinga dengan muka “confused”, ustaz tu pun jelaskan, “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga. Lepas itu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tidak ada siapa yang akan terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” tanya ustaz.

“Ah..!! Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la boleh terlepas begitu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

staz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Jasad kita serta segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, bahawa semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga.

Ambillah Pengajaran Ini Wahai Sahabat Sekalian. Berfikir Dahulu Sebelum Berkata-Kata.

Wallahulam.


1 comments:

Maria James Chayak said...

itulah indahnya agama.
semua umat Tuhan percaya akan Tuhan no matter u're a muslim, hindus, christian or buddha. :)

oh ya, my latest entry.
untuk perempuan hahahahaha.
http://mariajameschayak.blogspot.com/2011/04/perempuan.html