Jana duit dari rumah??

mari dapatkan pendapatan sampingan dari rumah, daftar sebagai ahli jobdirumah. Pelbagai kerja ditawarkan dan semua boleh buat dirumah. saya sudah mendaftar anda bila lagi? untuk mendaftar sila klik sini

Friday, January 28, 2011

A Magnolia Sherbet A Day keeps me happy and healthy!!

hari ni saya nak bawa anda-anda semua bercerita tentang ais krim..
sume orang suke makan ais krim kan tak kira la tua ke, mude ke, laki ke pempuan ke..
tak percaya?? meh tengok sini..
see, mak cik2 ni pun pandai makan ais krim..
*sumber gambar dr google
ni plak golongan remaja.. tak kira masa dan tempat pun orang akan makan ais krim kan??
*sumber gambar dr google
tengok.. bukan maen selera lagi abang dan adik ni makan ais krim..
alolo.. comot2 adik tu..
*sumber gambar dr google
yang ni lagi la tak tergambarnya nikmat makan ais krim.. hehe
*sumber gambar dr google

so, boleh dikatakan memang sume orang suke makan ais krim..
tapi pernah ke korang terpikir ade ke ais krim yang mampu berikan khasiat pada tubuh badan??
nk taw jawapannya meh terjah....
jeng.. jeng.. jeng..


ni ais krim magnolia sherbet keluaran terbaru dari magnolia..
ade 4 perasa, lychee, mangosteen,melon and orange..
nak taw nape berkhasiat?? sebab memang dibuat dari buah sebenar..
dan yang paling istimewanya korang bole rase cebisan buah dalam ais krim ni..
ais krim laen ade ke??
aku tak pernah jumpe lagi la..
mari kita tengok khasiat buah-buahan yang terdapat dalam magnolia sherbet ni..

1. laici

kaya dengan vitamin C dan potassium. Ia mempunyai kandungan rendah kolestrol, sodium dan lemak.
Pada keseluruhannya, buah laici baik untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal berat badan. Ia juga kaya dengan tembaga yang penting untuk proses hemoglobin di mana ia bergabung dengan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat.
Ia juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan 2 unsur yang dipanggil elastin dan kolagen. Kolagen adalah terdapat dalam kulit di mana ia berperanan menyembuhkan permukaan kulit akibat kecederaan.
Elastin pula berperanan mengekalkan menegangkan kulit dan memperlahankan kedutan pada kulit. Juga dikatakan buah laici baik untuk mencegah kanser payudara dan kesihatan akar rambut.

2.manggis

Buah manggis kaya dengan Xanthones yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
Membantu tubuh dalam memerangi radikal bebas, yakni tanda-tanda penuaan fisik.

Kandungan nutrisi lain yang ada pada buah manggis adalah catechins, polysaccharides, quinones, stilbenes and polyphenols.Catechins terbukti mengandung lima kali antioksidan dibanding vitamin C, sedangkan Polysaccharides dan Quinones dikenal sebagai anti bacterial, sehingga dapat melindungi tubuh dari bakteri manapun.

3.oren

merupakan sumber vitamin c yang juga mengandungi karbohidrat, potasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik yang juga sangat rendah kalorinya. ia sesuai dimakan utk mereka yang nak turunkan berat badan.


4. tembikai

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

see, sangat berkhasiatkan?? so, dalam menimati kesedapan ais krim kan lagi baik kalau kita menikmati khasiatnya sekali.. :) sambil makan ais krim badan pun sihat, slim, awet muda dan macam-macam lagi la.. jadi nampak kan yang magnolia sherbet ni sape2 pun bole makan sebab ianya mengandungi banyak khasiat..


so, untuk tidak mengecewakan diri sendiri aku pun pergi la mencari ais krim ni bersame en.hisyam..
tak jauh pun nak cari kalau dari ukm ni..
ade kat petronas seksyen 15 je..
so, inilah hasilnya..

ais krim yang masih berada di dalam peti... cuma tinggal 2 perasa je
laici n manggis.. fuh.. nasib baek manggis ade..
so, aku buat keputusan utk membawa pulang ais krim perisa manggis ni..
sebab tak pernah lagi jumpe ais krim manggis..
sangat teruja nak cuba..


ni lah bukti pembelian dari kedai mesra petronas seksyen 15 bandar baru bangi.. hehe..



taraa... ais krim perisa manggis..

nampak sedap kan?? tapi mmg sedap pun....!!
tengok la teksturnye nampak
lembut gi tu..
nyum3..

so.. mari makan.. dah tak sabar dah ni..

ekspresi muke mase makan sangat penting untuk menyatakan betapa sedapnye ais krim ni dan mampu membuat orang sekeliling jelous.. tehee~~
ANNIS SUZANA SUKA AIS KRIM MANGGIS!!
tapi seriously, memang sedap ais krim perisa manggis dan bau nya wangi..
betol.. tak tipu.. bau nya memang mampu membangkitkan selera..
so, i suggest kepada kalian semua untuk cuba ais krim magnolia sherbet ni..


see, ada yang terliur tengok aku makan dan ais krim dah berpindah tangan..
takpe.. sharing is caring.. biar dia rase kesedapannya.. nanti boleh mintak belanjakan..??
hehe..

makan sehingga tak terkata nikmatnya.. macam tak nak bagi balik je ais krim tu kat tuannye kan?? tak boleh jadi ni.. hehe..
makan dengan gelojohnya supaya lepas ni takde orang mintak dah.. hehe..
dah habis.. wah.. cepatnye habis..takpe nanti kite beli lagi.. tak mahal pun rm2.50 je..
berbaloi2..
dan yang penting happy dapat makan ais krim magnolia sherbet..
selain berkhasiat dan murah bekasnya pun mudah dibawa kemana-mana..
kalau ais krim biasa yang guna batang 2 cepat cair dan akan meleleh ke tangan dan celah2 jari..
so, nanti melekit2 dan membantutkan selera nak makan..
makan pun kena cepat-cepat dan tak sempat nak menikmati rase ais krim kn..
so, magnolia sherbet mmg lain dr yg lain..
relax dan happy je time makan...
aku dah cuba.. korang bile lagi???


this song ditujukan khas buat magnolia sherbet.. :)
You Are My Sunshine
My only sunshine.
You make me happy
When skies are grey.
You'll never know, dear,
How much I love you.
Please don't take my sunshine away

2 comments:

Anonymous said...

salam...hai cik annis...first n foremost thanks sebb bg info pasal ice cream sherbet ni....mmg sedap...dah penah rase skali..tu pon kawan punyer...satu sudu jer..*sigh..tp susah la nak dapat ice cream ni..boleh tak cik annis bgtau kat mane lagi boleh dapat sherbet selain petronas seksyen 15...pleaseeee...thank you

Annis Suzana said...

awk dok area mne?? kt jusco pun de jgk..
jusco mid, jusco one utama, jusco seremban..